Ramai yang tidak sedar bahawa kos kehidupan akan menjadi bertambah tinggi pada kemudian hari. Semaklah harga rumah pada lima tahun yang lalu dan pada masa ini, ada yang telah meningkat hampir sekali ganda. Rumah teres dua tingkat pada tahun 2002 ialah RM250 ribu di kawasan Ukay Perdana, Kuala Lumpur telah meningkat sehingga RM450 ribu pada masa kini. Begitulah senario kehidupan yang kita lalui.
Apakah pilihan yang kita ada? Ada antara kita akan bersara 5 tahun lagi, ada yang 10 tahun lagi dan ada yang 20 tahun lagi, namun apakah persedian kita? Adakah kita hanya ingin tinggal di rumah tanpa berbuat apa-apa setelah bersara. Umur 55 tahun tidaklah terlalu tua, ada anak- anak ada yang masih bersekolah samada di kolej atau universiti. Pembiayaan pendidikan perlu juga difikirkan dan disediakan.
Saya cadangkan kita melibatkan diri di dalam keusahawanan internet. Mungkin ada yang memandang sinis kepada pandangan yang diberi. Namun, dalam masa setahun setengah, saya telah berjaya mengumpul pendapatan sebanyak RM25 ribu walaupun saya tidak mempunyai asas di dalam pembinaan laman web pada mulanya. Bayangkanlah kemahiran kita yang bakal kita gilap jika kita memberikan sedikit fokus kepadanya setiap hari dan digunakan pada ketika kita bersara kelak. Jika panjang umur, saya masih mempunyai 25 tahun lagi untuk menyiapkan diri saya di dalam bidang ini sebelum hari persaraan saya nanti.
Saya percaya bahawa mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Usaha murni pasti diberkati dan ada hikmahnya jika menemui kegagalan.Yang lebih penting, usaha dimulakan dan tidak mengaku kalah sebelum berjuang.
aridz
http://www.scorea.aridztech.com/?ref=rasyada
************************************************************
Miskin selepas pencen -- Dengan purata caruman
RM114,000 pesara belanja RM475 sebulan
Oleh NIZAM YATIM
KUALA LUMPUR 18 Okt. – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempunyai caruman terkumpul berjumlah RM224 bilion sehingga Disember 2006 namun secara purata simpanan seorang pencarumnya yang mencapai usia 55 tahun cuma RM114,000.
Dengan simpanan sebanyak itu, seseorang pencarum KWSP yang bersara hanya mampu membelanjakan RM475 setiap bulan bagi membolehkannya menampung hidup sehingga usia 75 tahun.
Perbelanjaan RM475 sebulan akan meletakkan pesara berkenaan dalam kategori golongan berpendapatan di bawah paras kemiskinan.
Pendapatan orang yang dikategorikan miskin di Semenanjung kini ditetapkan RM530 sebulan, Sarawak (RM585) dan Sabah (RM685).
Pengurus Kanan Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar memberitahu, pada masa ini purata caruman terkumpul kira-kira 47,500 pencarum KWSP yang akan genap umur 55 tahun pada tahun ini ialah RM114,000.
“Jumlah simpanan ini tidak mencukupi berdasarkan anggaran mereka akan menggunakan wang itu selama 20 tahun berikutan jangka hayat yang semakin panjang serta kos sara hidup yang terus meningkat,” katanya kepada Utusan Malaysia dalam satu temu bual di pejabatnya di sini.
KWSP mempunyai kira-kira 11 juta pencarum dengan 47,500 orang akan mencapai umur bersara pada tahun ini.
No comments:
Post a Comment